Rabu, 25 Oktober 2017

Bangkit dari sengsara kanser

Enam tahun lalu, Maznuni Che Yusof, 49, hilang semangat untuk meneruskan hidup selepas disahkan menghidap kanser payudara tahap tiga.

Sejak disahkan menghidap penyakit yang paling digeruni wanita, pada Februari 2011, ibu kepada lapan cahaya mata itu merasai tiada harapan untuk hidup akibat penderitaan dilalui.

Beliau ibu kepada Pembantu Peribadi dan Pegawai Media Datuk Seri Hasmiza Othman atau dikenali sebagai Dr Seri Vida, Ahmad Iqbal Zulkefli, 23, berkata beliau melalui pelbagai keperitan dan kesakitan menanggung penyakit itu.

Pada satu tahap, Maznuni yang juga guru bahasa Arab di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Dangar, berkata ahli keluarganya termasuk rakan dan saudara-mara berkumpul di rumahnya.

"Mereka datang menziarahi kali terakhir kerana saya sudah tenat dan tidak mampu bergerak seolah-olah akan menghembuskan nafas terakhir pada bila-bila masa sahaja.

"Hati siapa tidak sedih mengenangkan keadaan ketika itu tidak mampu berbuat apa-apa dengan hanya terlantar, memikirkan keadaan lapan anak yang masih bersekolah dan masa depan mereka," katanya ditemui BH Online di kediamannya, di Kampung Banggol Chicha, di sini.

Penderitaannya terus diuji dengan pelbagai dugaan apabila ibu yang menjaganya ketika menderita kanser meninggal dunia, selain berhadapan dengan proses perceraian.

Takdir Allah tiada siapa yang tahu dengan usaha berterusan dan semangat kental, termasuk mengamalkan pemakanan sihat, doktor mengesahkan beliau bebas penyakit kanser payudara selepas enam bulan menderita.

"Allahuakbar tiada kata-kata, selain syukur kepada Allah kerana memakbulkan doa. Saya menganggap ia keajaiban Allah," katanya.

Mengimbas memori itu, Maznuni berkata, pada awalnya dikesan ada benjolan pada payudaranya yang disangka bengkak susu kerana menyusukan anak bongsu.

Selepas pemeriksaan, doktor mengesahkan ia adalah kanser dan sepanjang tempoh sakit itu, beberapa kali beliau dijadualkan menjalani pembedahan, tetapi tidak dilakukan atas sebab tertentu.

"Saya juga tidak melakukan kemoterapi memandangkan sudah tahap tiga dan bimbang memberi kesan sampingan lain, sebaliknya hanya mengamalkan pemakanan sihat dan mengambil ubat dibekalkan doktor.

"Alhamdulillah amalan berterusan selama enam bulan mengubah takdir, saya bebas daripada penyakit berbahaya itu tanpa membuat rawatan moden," katanya.

Menceritakan kronologi seterusnya, Maznuni berkata, sebaik mendapat perkhabaran mengenai penyakitnya, beliau amat terkejut dan lemah seluruh anggota.

Beliau berkata, berkata kesakitan dialaminya sukar digambarkan dengan kata-kata dan seluruh badannya sakit.

"Dari sehari ke sehari penyakit semakin teruk, keadaan saya tambah lemah dan sakit ini mendadak. Sampai satu tahap saya tidak mampu bergerak dan hanya terbaring di katil seperti menunggu masa untuk pergi buat selama-lamanya.

"Saya semakin nazak kerana menyangkakan umur tidak panjang, saya sempat menulis surat kepada anak dan diletakkan di bawah bantal dengan harapan mereka akan membacanya selepas ketiadaan saya," katanya.

Bagaimanapun, apabila mengingatkan semua anak yang masih bersekolah dan memerlukan perhatian terus bertekad bertahan melawan penyakit ini.

Luah Maznuni, beliau mula mengubah corak pemakanan sihat, iaitu mengamalkan biji aprikot dicadangkan rakannya, pensyarah dari Mexico, selain mengambil gula dan beras perang setiap hari.

"Saya mengumpul kekuatan untuk kembali pulih amalkan pola pemakanan sihat, banyakkan berzikir dan mengharapkan keajaiban Allah.

"Siapa sangka hari ini saya sihat dan sudah sembuh daripada derita sakit kanser," katanya.

Sementara itu, Ahmad Iqbal, berkata sebaik mengetahui ibunya menghidap kanser payudara, beliau dan adik-beradik rasa hilang semangat.

"Ibu ibarat nyawa kami... Ketika saya tahu ibu menghadapi kanser, saya rasa hilang semangat dan ketika itu akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Anak ketiga daripada lapan beradik ini berkata, sepanjang ibunya menderita kanser payudara, beliau antara anak yang menjaganya dengan penuh kasih sayang.

"Keadaan ibu sangat lemah, saya banyak mengurusnya termasuk mengusung ke tandas untuk mandi atau mengambil wuduk. Saya peluk dia ketika tidur," katanya mengingati memori itu.

Tetapi sekarang, beliau bersyukur dan amat berbangga mempunyai ibu yang cekal, bersemangat dan daya juang yang tinggi menghadapi semuanya sehingga disahkan bebas daripada penyakit itu.

Beliau berterima kasih pada semua ahli keluarga dan rakannya yang begitu mengambil berat dan memberi semangat untuk ibu kembali sihat.

What is Forex?

Basically, the Forex market is where banks, businesses, governments, investors and traders come to exchange and speculate on currencies. The Forex market is also referred to as the ‘Fx market’, ‘Currency market’, ‘Foreign exchange currency market’ or ‘Foreign currency market’, and it is the largest and most liquid market in the world with an average daily turnover of $3.98 trillion.

The Fx market is open 24 hours a day, 5 days a week with the most important world trading centers being located in London, New York, Tokyo, Zurich, Frankfurt, Hong Kong, Singapore, Paris, and Sydney.

It should be noted that there is no central marketplace for the Forex market; trading is instead said to be conducted ‘over the counter’; it’s not like stocks where there is a central marketplace with all orders processed like the NYSE. Forex is a product quoted by all the major banks, and not all banks will have the exact same price. Now, the broker platforms take all theses feeds from the different banks and the quotes we see from our broker are an approximate average of them. It’s the broker who is effectively transacting the trade and taking the other side of it…they ‘make the market’ for you. When you buy a currency pair…your broker is selling it to you, not ‘another trader’.